Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)t menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kampung ini mula dibuka pada tahun 1966 oleh Encik Shamsudin bin Sidek. Kampung ini diberi nama Kampung Sri Damai sempena peristiwa perdamaian antara Malaysia dengan Indonesia akibat konfrantasi yang berlaku pada tahun 1966.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL (MPS) PERBADANAN HAL EHWAL BEKAS ANGKATAN TENTERA (PERHEBAT) NEGERI PAHANG![](images/baru.gif)
Aktiviti Terkini | 11 Jun 2024
Majlis Penyampaian Sijil untuk Anggota ATM yang telah menamatkan Latihan Peralihan dilaksanakan bagi mengiktiraf pencapaian kumpulan sasar...baca selanjutnya
SESI PERBINCANGAN BERSAMA KPTM & PERHEBAT (PROGRAM JENAYAH SIBER – SCAM MCMC)
Aktiviti Terkini | 30 Mei 2024Program yang dirancang akan dijalankan pada bulan Ogos melibatkan KPTM, PERHEBAT, NADI Kluster Kuantan & MCMC...baca selanjutnya
MAJLIS JAMUAN HARI RAYA 2024 KOLABORASI NADI KG SERI DAMAI & NADI KG PANDAN
Aktiviti Terkini | 26 April 2024Program ini kolabrasi dua NADI dan melibatkan komuniti serta rakan-rakan NADI yang lain...baca selanjutnya
KELAS ASAS ICT - MEMBINA JADUAL RUTIN HARIAN
Aktiviti Terkini | 9 Mac 2024Kelas ini berlangsung selama 1 jam dan disertai seramai 6 orang pelajar sekolah rendah...baca selanjutnya
MICROSOFT OFFICE WORKSHOP PEDI TAMAN BERJAYA PERMAI & EAST ACADEMY ( FEBRUARI)
Aktiviti Terkini | 6 & 21 Februari 2024PEDi Kg Seri Damai bersama-sama dengan PEDi Berjaya Permai menjalankan kursus Microsoft Office di portal e-Latih untuk pelajar-pelajar tahun akhir East Academy...baca selanjutnya
MAJLIS APRESIASI TADIKA KEMAS KG SRI DAMAI
Aktiviti Terkini | 27 Januari 2024PEDi Kg Seri Damai terlibat secara langsung dengan majlis apresiasi Tadika Kemas Kg Sri Damai pada tahun ini...baca selanjutnya
MICROSOFT OFFICE WORKSHOP PEDI TAMAN BERJAYA PERMAI & EAST ACADEMY JANUARI
Aktiviti Terkini | 25 Januari 2024PEDi Kg Seri Damai bersama-sama dengan PEDi Berjaya Permai menjalankan kursus Microsoft Office di portal e-Latih untuk pelajar-pelajar tahun akhir East Academy...baca selanjutnya
KAUNTER FIZIKAL PENDAFTARAN PADU @ PEDi
Aktiviti Terkini | 16 & 17 Januari 2024PEDi Kg Seri Damai mengambil inisiatif menjemput pegawai-pegawai dari Pejabat Perangkaan Pahang untuk memberi sedikit maklumat dan penerangan kepada penduduk kampung mengenai PADU...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya