Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung ini mula dibuka pada tahun 1966 oleh Encik Shamsudin bin Sidek. Kampung ini diberi nama Kampung Sri Damai sempena peristiwa perdamaian antara Malaysia dengan Indonesia akibat konfrantasi yang berlaku pada tahun 1966.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN HALAMAN PUSAT INTERNET

Aktiviti Terkini | 22 Disember 2018

Aktiviti gotong-royong bersama ahli PI untuk membersihkan kawasan sekitar PI. Gotong-royong membersihkan sampah sarap di bahu jalan kawasan sekitar PI, membersihkan longkang dan juga memotong rumput . Setelah selesai gotong-royong, jamuan ringan disediakan untuk mereka....baca selanjutnya

TRAIN TO TRAINEER – PROGRAM E-REZEKI

Aktiviti Terkini | 28 November 2018

Petugas PI yang terpilih diberi latihan mengenai program E-Rezeki. Latihan diberikan oleh wakil MDEC selama sehari bertempat di PI Kg Seri Damai. PI yang terplih akan menjadi wakil program E-Rezeki dan petugas PI diminta membantu komuniti setempat menyertai program E-Rezeki....baca selanjutnya

BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018

Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI BERSAMA PELAJAR TAHUN 6 SK WIRA, KUANTAN, PAHANG

Aktiviti Terkini | 11 Oktober 2018

Program ini melibatkan seramai 90 orang pelajar dan disertai beberapa orang guru. Semasa sesi taklimat, juga diselitkan soalan-soalan untuk dijawab oleh pelajar. Selepas itu sedikit permainan disediakan untuk para pelajar. Pelajar dikehendaki menyiapak puzzle poster KDB dalam kumpulan mereka....baca selanjutnya

PROGRAM HARI POS SEDUNIA 2018 PERINGKAT NEGERI PAHANG

Aktiviti Terkini | 09 & 12 Oktober 2018

Pusat Internet area Kuantan terlibat dalam menyertai pembukaan booth mengenai Pusat Internet. Program ini dapat memperkenalkan peranan Pusat Internet kepada masyarakat serta dapat memberi pendedahan tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Pusat Internet...baca selanjutnya

KELAS E-USAHAWAN BERSAMA USAHAWAN MARA KERJASAMA DI ANTARA MDEC DAN PERSATUAN ALUMNI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UITM MALAYSIA (PIMPIN)

Aktiviti Terkini | 06 Oktober 2018

Program ini memberi pendedahan dan memurnikan inspirasi keusahawanan digital dalam kalangan belia Malaysia dan para usahawan mikro Perusahaan Kecil dan Sederhana untuk menjana pendapatan lumayan menerusi platform digital....baca selanjutnya

PROGRAM HIMPUNAN USAHAWAN ANJURAN KELAB USAHAWAN IKHTIAR KUANTAN PAHANG

Aktiviti Terkini | 22 September 2018

Program ini menerangkan tentang kepentingan untuk menjaga keselamatan siber serta kepentingan dan kesan jika keselamatan siber diambil enteng, selain itu memperkenalkan PI1M dan mengeratkan hubungan antara komuniti...baca selanjutnya

LATIHAN ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN & PENGGUNAAN PEMADAM API DI BALAI BOMBA & PENYELAMAT INDERA MAHKOTA, KUANTAN

Aktiviti Terkini | 09 Ogos 2018

Program ini dijalankan untuk menambahkan kemahiran dan pengetahuan cara penggunaan alat pemadam api dengan betul. Latihan asas ini sangat penting untuk pengetahuan petugas PI sekiranya berlaku sebarang kebaran yang berlaku di PI masing-masing....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK TANJUNG LUMPUR

Aktiviti Terkini | 01 Ogos 2018

Program ini akan memberi kesedaran kepada pelajar SMK Tg Lumpur dengan menyampaikan taklimat Klik Dengan Bijak...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI KARNIVAL USAHAWAN PAHANG

Aktiviti Terkini | 21 Julai 2018

Program Advokasi ini telah berlangsung pada 21/07/2018 (Sabtu) di Kuantan Parade bersempena dengan Karnival Usahawan Pahang Vol. 2 yang mana melibatkan ramai usahawan tempatan dan setiap hasil jualan mereka sedikit sebanyak akan disumbangkan kepada persatuan kanak-kanak autism daerah Kuantan....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK ASTANA

Aktiviti Terkini | 18 Julai 2018

Program Advokasi ini melibatkan lebih 300 orang pelajar sekolah dan guru yang terdiri dari pelbagai bangsa dan peringkat usia. Satu pameran telah dijalankan pada hari berkenaan yang melibatkan beberapa orang staff PI di mana pameran tersebut telah mengetengahkan pelbagai aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan di PI seperti Program KDB, E-Waste, Check Your Label dan juga Robotik anjuran Digi-Petrosains. Kuiz uji minda juga turut diadakan pada hari berkenaan....baca selanjutnya

JAMUAN RAYA BERSAMA PUSAT INTERNET KG PANDAN

Aktiviti Terkini | 30 Jun 2018

Program ini bertujuan meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama ahli serta para pengunjung Pusat Internet Kampung Pandan & Seri Damai...baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M SERI DAMAI

Aktiviti Terkini | 05 Mei 2018

Hari Terbuka ini bertujuan untuk mempromosikan aktiviti yang disediakan dan menambah penyertaan ahli PI1M dan menarik minat komuniti setempat menyertai aktiviti yang dijalan oleh pihak PI1M dan merapatkan lagi silaturahim antara pihak PI1M dan komuniti setempat....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI HARI TERBUKA PI1M LEPAR HILIR 1

Aktiviti Terkini | 21 April 2018

Program ini menerangkan tentang kepentingan untuk menjaga keselamatan siber serta kepentingan dan kesan jika keselamatan siber diambil enteng, selain itu memperkenalkan PI1M dan mengeratkan hubungan diantara pelajar serta penduduk sekitar Felda Hilir 1 dengan pihak PI1M....baca selanjutnya

E-USAHAWAN

Aktiviti Terkini | 08 Mac 2018

PI1M Kg Pandan dan Kg Seri Damai bekerjasama dengan pihak KPTM untuk membantu usahawan sekitar PI1M bagi memberi peluang kepada mereka untuk memperluaskan lagi pasaran perniagaan mereka dengan menggunakan platform media sosial....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI PI1M SEMAMBU

Aktiviti Terkini | 10 Februari 2018

Pihak PI1M mengadakan aktiviti bersama ahli, mengadakan aktiviti yang berkonsepkan pendedahan kepada keselamatan internet...baca selanjutnya

SERAMBI TERUNTUM RUN 2018

Aktiviti Terkini | 14 Januari 2018

Program ini dianjurkan oleh pihak Majlis Perbandaran Komuniti untuk menaikkan nama Serambi Teruntum dan dan memperkenalkan usahawan kepada pengunjung...baca selanjutnya

GOTONG-ROYONG DI PI1M

Aktiviti Terkini | 04 Januari 2018

Gotong-royong dijalankan untuk membersihkan kawasan luar dan dalam PI1M. Ini bertujuan membasmi kawasan yang boleh menyebabkan takungan air selepas banjir....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti