Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung ini mula dibuka pada tahun 1966 oleh Encik Shamsudin bin Sidek. Kampung ini diberi nama Kampung Sri Damai sempena peristiwa perdamaian antara Malaysia dengan Indonesia akibat konfrantasi yang berlaku pada tahun 1966.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


KELAS KEUSAHAWANAN : ASAS SHOPEE SIRI II

Aktiviti Terkini | 3 Disember 2022

Kelas keusahawanan kepada usahawan-usahawan sekitar PEDi . Kelas kali ini membantu usahawan membuka kedai di platform Shopee dan membantu mereka lebih memahami platform Shopee. Seramai 6 orang peserta menyertai kelas ini....baca selanjutnya

KELAS ASAS FOTOGRAFI PRODUK MENGGUNAKAN TELEFON PINTAR

Aktiviti Terkini | 3 Disember 2022

Program anjuran Bersama PEDi Kg Pandan, PEDi Panching, PEDi Felda Bukit Sagu dan juga PEDi Berjaya Permai. Program ini melibatkan beberapa usahawan sekitar PEDi yang berminat mempelajari asas fotografi hanya menggunakan telefon pintar. Kelas dibahagi kepada 2 sesi dimana sesi amali untuk setia peserta mencuba menggunakan kemahiran yang telah dipelajari...baca selanjutnya

MIV BERSAMA KOMUNITI @ PAHANG (KLUSTER KUANTAN & PEKAN)

Aktiviti Terkini | 26 & 27 November 2022

Bengkel MIV 2022 Bersama Kluster Pekan & Kuantan disertai 17 PEDi dan dua orang sukarelawan setiap PEDi. Bengkel yang berlangsung selama 2 hari terbahagi 6 sesi. Di awal bengkel setiap PEDi akan membuat perbentangan hasil projek dan rancangan projek MIVyang bakal dilaksakan di setiap PEDi....baca selanjutnya

KELAS KEUSAHAWANAN : ASAS SHOPEE

Aktiviti Terkini | 12 November 2022

Kelas keusahawanan kepada usahawan-usahawan sekitar PEDi . Kelas kali ini membantu usahawan membuka kedai di platform Shopee dan membantu mereka lebih memahami platform Shopee. Seramai 5 orang peserta menyertai kelas ini....baca selanjutnya

PROGRAM PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN ECER-SIRIM

Aktiviti Terkini | 3 November 2022

Pusat Rekabentuk Pembungkusan dan Keselamatan SIRIM Berhad menggunakan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Seri Damai untuk pelaksanaan Program Pembangunan Keusahawanan entrepreneur ECER-SIRIM. Seramai 18 usahawan sekitar Kuantan & Pekan hadir di program ini....baca selanjutnya

PROGRAM JELAJAH ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA (JAKM) NEGERI PAHANG

Aktiviti Terkini | 28 Oktober 2022

Pengurus PEDi Kg Seri Damai terlibat dengan Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) bagi negeri Pahang akan diadakan bermula 28- 30 Oktober 2022 bertempat di Sultan Ahmad Shah International Convention Centre. Membantu menjayakan aktiviti di booth MCMC. Aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah mempromosikan SIMkad Percuma (Pajej Remaja Keluarga Malaysia) dan kuiz yang dijalanakan di booth ...baca selanjutnya

HRMIS BERSAMA GURU TABIKA KEMAS DUN PULAU MANIS

Aktiviti Terkini | 27 Oktober 2022

PEDi Kg Seri Damai menjalankan program bersama Guru Tabika KEMas di Kawasan Dun Pulau Manis. Program ini membantu guru-guru mempelajari laman Web HRMIS untuk memudahkan mereka menggunakan laman web tersebut dengan lebih cepat. Program ini juga melibatkan pihak Kemas Pekan (Pembantu Tadbir) yang memberikan penerangan lebih lanjut...baca selanjutnya

KELAS ASAS FOTOGRAFI PRODUK MENGGUNAKAN TELEFON PINTAR

Aktiviti Terkini | 16 Oktober 2022

Program anjuran Bersama PEDi Kg Pandan, PEDi Panching, PEDi Felda Bukit Sagu dan juga PEDi Berjaya Permai. Program ini melibatkan beberapa usahawan sekitar PEDi yang berminat mempelajari asas fotografi hanya menggunakan telefon pintar. Kelas dibahagi kepada 2 sesi dimana sesi amali untuk setia peserta mencuba menggunakan kemahiran yang telah dipelajari...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI SIBER MCMC BERSAMA PIHAK INDUSTRI TELEKOMUNIKASI NEGERI PAHANG

Aktiviti Terkini | 11 Oktober 2022

Seramai 100 pemain industri telekomunikasi negeri Pahang telah hadir menjayakan program dan turut serta petugas PEDi Kluster Kuantan & Pekan. Program ini telah berlangsung dengan dua perkongsian taklimat iaitu sesi taklimat pertama, Klik dengan Bijak telah disampaikan Puan Haznita Mohamad Lazim dari pejabat MCMC Negeri Pahang dan sesi taklimat kedua bertajuk Implikasi Media Sosial & Kesihatan Mental telah disampaikan oleh penceramah jemputan Dr. Chan Mei Ling daripada Jabatan Psikiatri Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Di akhir sesi, peserta telah mengambil bahagian aktiviti kuiz MyCyberGenius....baca selanjutnya

FB LIVE : PENGENALAN TENTANG PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA (PEDI)

Aktiviti Terkini | 25 September 2022

Perkongsian bersama 5 buah PEDi (Kg Pandan, PAKR Panching, Kg Seri Damai, Felda Bukit Sagu dan Taman Berjaya Permai) berkenaan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi). Isi dalam live kali ini kami menekankan kepada perkhidmatan dan focus kami kepada membantu usahawan-usahawan setempat...baca selanjutnya

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN BERSAMA TABIKA KEMAS RTK KG SERI DAMAI

Aktiviti Terkini | 11 Ogos 2022

Sempena menyambut Hari Kemerdekaaan Malaysia pada 31 Ogos 2022, PEDi Kg Seri Damai dan Tabika KEMAS RTK Kg Seri Damai bersama-sama menyemarakkan semangat cintakan Negara kepada kanak-kanak Tabika. Tayangan secara langsung perasmian oleh YB Datuk Haji Hasbi Habibollah Timbalan Menteri II Pembangunan Luar Bandar dari Limbang Sarawak pada 11 Ogos 2022 di Facebook Page KEMAS. Aktiviti mewarna secara online juga diselitkan pada aktiviti kali ini....baca selanjutnya

UMP STEM @ PEDI : FUN WITH ENGLISH

Aktiviti Terkini | 17, 24 & 31 Julai 2022

Pembelajaran Bahasa Inggeris yang dijalankan secara atas talian selama empat sesi melibatkan tenaga pengajar dari UMP dan peserta yang terlibat terdiri dari pelajar sekolah rendah dan menengah. Empat sesi perlu dihadiri peserta dengan setiap sesi berlainan pembelajaran....baca selanjutnya

SESI WEBINAR PUPUK@SPPP BERSAMA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 13 Julai 2022

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) iaitu rakan kerjasama strategik Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) menganjurkan webinar Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) kepada Pengurus dan Rakan Digital Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi). Webinar ini adijalankan melalui aplikasi Teams selama sejam....baca selanjutnya

PROGRAM STEM & LANGUANGE CLASESS OLEH UMP DI PEDI DAERAH KUANTAN DAN PEKAN PAHANG

Aktiviti Terkini | 16 Jun 2022

Pihak MCMC dan pihak Universiti Malaysia Pahang (UMP) bercadang untuk perlaksanaan Kelas STEM ( Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik) Programming dan Kelas Bahasa Inggeris bagi komuniti melalui PEDi di negeri Pahang. Taklimat selama 1 Jam ini melibat kan MCMC, UMP dan 10 PEDi yang terlibat untuk menjalankan program ini....baca selanjutnya

WEBINAR SKIM PEMBIAYAAN MIKRO/I BSN - SEMARAK NIAGA @ PEDI

Aktiviti Terkini | 2 Jun 2022

Webinar yang dianjurkan oleh pihak BSN melibatkan semua PEDi di seluruh negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan. PEDi memaikan peranan untuk mempromosikan skim pembiayaan Mikro/I BSN ini....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: FB LIVE : PEMANTAUAN KENDIRI KES POSITIF COVID 19 DI RUMAH

Aktiviti Terkini | 28 Mei 2022

Perkongsian kali ini di platform FB Page PEDi Kg Seri Damai tentang pemantauan diri dan kes-kes positif Covid19 di rumah. Perkongsian salaam 30 minit memberi beberapa langkah kepada mereka yang dijangkiti atau ahli keluarga yang dijangkiti Covid19 untuk pemantauan kendiri semasa kuarintin dirumah....baca selanjutnya

SIRI WEBINAR PROGRAM PENERIMAGUNAAN DIGITAL MDEC

Aktiviti Terkini | 21 April 2022

Siri webinar untuk program penerimagunaan Digital oleh MDEC berlangsung selama 2 jam 30 minit di platform Zoom. Seramai 171 orang staff PEDi terlibat dalam sesi webinar tersebut....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: SHOPEE LIVE : PRE BAJU KURUNG DEWASA & KANAK-KANAK / BAJU MELAYU KANAK-KANAK

Aktiviti Terkini | 16 April 2022

Sempena menyambut bulan syawal, kami membuat jualan preloved baju-baju kurung dan baju melayu di platform Shopee . Shopee Live berlangsung selama 1 jam melibatkan lima buah PEDI iaitu PEDi Kg Seri Damai, PEDi Kg Pandan, PEDi Berjaya Permai, PEDi PAKR Panching dan PEDi Bukit Sagu....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG : SEJARAH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI

Aktiviti Terkini | 6 Mac 2022

Perkongsian kali ini membawakan tajuk Sejarah Perkembangan Teknologi Maklumat di dunia khususnya di Malaysia. Kami 5 Pedi iaitu PEDi Kg Seri Damai, PEDi PAKR Panching, PEDi Berjaya Permai, PEDi Felda Bukit Sagu dan PEDi Kg Pandan menghuraikan sejarah dari permulaan sehingga kepentingan teknologi maklumat pada masa kini. Perkongsian kali ini menggunakan platform FB Live Page PEDi Berjaya Permai dan berlangsung selama sejam....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: KESELAMATAN KOMPUTER

Aktiviti Terkini | 13 Februari 2022

Perkongsian mengenai keselamatan computer dan cara memastikan computer anda berada dalam keadaan yang baik. Berganbung bersama PEDi Balok, kali ini kami memaparkan apa itu keselamatan computer, contoh-contoh insiden computer dan cara mengatasi....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: SPESIS-SPESIS HAIWAN LIAR YANG HAMPIR PUPUS DAN DILINDUNGI

Aktiviti Terkini | 6 Februari 2022

Perkongsian kali ini di Facebook Page PEDi Kg Seri Damai kali ini menggabungkan 4 PEDi lain iaitu PEDi Berjaya Permai, PEDi Kg Pandan, PEDi PAKR Panching & PEDi Felda Bukit Sagu. Tajuk yang kami kongsikan mengenai kepupusan dan ancaman untuk sepsis-spesis haiwan yang hamper pupus di Malaysia dan seluruh dunia. Perkongsian ini untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak memburu dan menjejaskan habitat haiwan-haiwan tersebut....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG:PERKARA YANG PERLU DITANYA KEPADA PENYEDIA PERKHIDMATAN SEBELUM MELANGGAN

Aktiviti Terkini | 25 Januari 2022

Sebelum melanggan sesuatu pakej yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan, pengguna perlulah bertanya beberapa perkara kepada penyedia perkhidmatan sebelum bersetuju untuk melanggan pakej tersebut. Ini adalah sangat penting bagi mengelakkan pengguna berasa tertipu dengan penyedia perkhidmatan akibat daripada kekeliruan dengan pakej yang disediakan. Aktiviti pada kali ini adalah berkongsi mengenai beberapa perkara yang perlu ditanya kepada penyedia perkhidmatan sebelum melanggan sebagai pengguna pasca bayar (‘postpaid user’)....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG:10 AIR TERJUN YANG POPULAR DI PAHANG

Aktiviti Terkini | 17 Januari 2022

Aktiviti pada kali ini adalah berkongsi mengenai 10 Air Terjun yang Popular di Pahang yang mana sesuai untuk aktiviti beriadah bersama keluarga. Aktiviti ini dijalankan dengan kerjasama PEDi Kg Balok Pantai. Antara air terjun yang popular di Pahang adalah Air Terjun Chamang, Air Terjun Sungai Pandan, Air Terjun Lata Jarum, Air Terjun Pelangi, Air Terjun Lata Meraung, Air Terjun Pulau Chekas, Air Terjun Berkelah, Air Terjun Niagara Series Crown (Seri Mahkota), Air Terjun Teladas dan Air Terjun Bukit Bertangga. Lokasi ini memang menjadi tumpuan pelancong dan juga penduduk setempat dek kerana suasananya yang damai dan dingin...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti