PROGRAM ADVOKASI SIBER MCMC BERSAMA PIHAK INDUSTRI TELEKOMUNIKASI NEGERI PAHANG

Aktiviti terkini |11 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
AC Hotel by Marriot, Kuantan

Ringkasan Aktiviti :
• Seramai 100 pemain industri telekomunikasi negeri Pahang telah hadir menjayakan program dan turut serta petugas PEDi Kluster Kuantan & Pekan.
• Program ini telah berlangsung dengan dua perkongsian taklimat iaitu sesi taklimat pertama, Klik dengan Bijak telah disampaikan Puan Haznita Mohamad Lazim dari pejabat MCMC Negeri Pahang dan sesi taklimat kedua bertajuk Implikasi Media Sosial & Kesihatan Mental telah disampaikan oleh penceramah jemputan Dr. Chan Mei Ling daripada Jabatan Psikiatri Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.
• Di akhir sesi, peserta telah mengambil bahagian aktiviti kuiz MyCyberGenius.

Tujuan Aktiviti :
• Objektif memperkenalkan Program Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu satu program berteraskan pembudayaan penggunaan internet secara positif berdasarkan tiga aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.

Butiran Aktiviti :
• Berlangsung selama 4 jam melibatkan 2 sesi ceramah
• Seramai 100 peserta terlibat dalam program ini


Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Peserta mengenali program KDB dan lebih mengetahui kesan-kesan buruk dari penyalahgunaan Media Sosial.

Nama VIP :
• Puan Haznita Mohamad Lazim (MCMC Negeri Pahang)
• Dr. Chan Mei Ling (Jabatan Psikiatri Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan)

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :