Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung ini mula dibuka pada tahun 1966 oleh Encik Shamsudin bin Sidek. Kampung ini diberi nama Kampung Sri Damai sempena peristiwa perdamaian antara Malaysia dengan Indonesia akibat konfrantasi yang berlaku pada tahun 1966.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


SIARAN LANGSUNG: PEKA B40

Aktiviti Terkini | 26 Disember 2021

Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD). Aktiviti pada kali ini adalah berkongsi tentang skim PeKa B40 kepada komuniti setempat supaya golongan yang layak tidak terlepas untuk menikmati skim ini...baca selanjutnya

GOTONG-ROYONG PASCA BANJIR PEDI KG SERI DAMAI

Aktiviti Terkini | 22 Disember 2021

Aktiviti pada kali ini adalah gotong-royong membersihkan PEDi Kg Seri Damai yang terlibat dengan bencana banjir. Aktiviti ini dibantu oleh beberapa orang penduduk kampung bagi mempercepatkan proses pembersihan PEDi. Hanya kabinet dan perabut yang rosak disebabkan bencana ini...baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: PAKEJ PERANTI KELUARGA MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 24 November 2021

Pakej Peranti Keluarga Malaysia adalah satu inisiatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bagi membantu rakyat Malaysia memiliki/menaiktaraf telefon yang menyokong rangkaian 4G dan VoLTE supaya rakyat Malaysia mendapat pengalaman internet yang lebih baik. Aktiviti pada kali ini adalah memberi pendedahan kepada komuniti tentang pakej yang disediakan oleh syarikat telekomunikasi Digi Telecommunications Sdn. Bhd. berkaitan dengan pakej yang mereka tawarkan kepada komuniti....baca selanjutnya

.

SIARAN LANGSUNG: SEJARAH PENCIPTAAN KERTAS

Aktiviti Terkini | 16 November 2021

Kertas merupakan salah satu bahan yang digunakan dalam kehidupan seharian dan penting untuk pelbagai urusan. Aktiviti pada kali ini adalah berkongsi tentang sejarah penciptaan kertas untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang cara pembuatan supaya komuniti lebih menghargai serta tidak membazir....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: SEJARAH DAN PERKEMBANGAN KOMPUTER

Aktiviti Terkini | 25 Oktober 2021

Penciptaan komputer memberi banyak kemudahan serta kebaikan untuk urusan seharian terutama sekali jika memerlukan pengurusan dan kekemasan data. Aktiviti pada kali ini adalah memberi perkongsian mengenai sejarah penciptaan komputer dan juga perkembangannya sehingga ke hari ini..baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: PAKEJ DATA KHAS BELIA DIGI

Aktiviti Terkini | 20 Oktober 2021

Pakej Data Khas Belia adalah satu inisiatif pihak Digi bagi membantu pelajar dan belia yang berumur 12-24 tahun bagi melayari internet serta membantu proses PdPR dengan menyediakan akses internet 15 GB berkelajuan tinggi. Aktiviti pada kali ini adalah memberi pendedahan kepada komuniti tentang pakej yang disediakan bagi membantu para pelajar untuk mengakses internet...baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: PENGGUNAAN KIT UJIAN KENDIRI COVID19

Aktiviti Terkini | 26 September 2021

Ujian Kendiri COVID19 boleh dilakukan oleh individu sama ada bergejala ataupun tidak bagi mengesan virus COVID19 dalam tubuh masing-masing. Aktiviti pada kali ini adalah memberi perkongsian mengenai Penggunaan Kit Ujian Kendiri COVID19 yang boleh didapati di farmasi ataupun premis kesihatan yang berdaftar serta cara penggunaan kit tersebut berpandukan video....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER

Aktiviti Terkini | 25 September 2021

Hari Malaysia merupakan hari yang bersejarah di mana hari penubuhan Malaysia sebagai satu Negara yang berdaulat dengan penggabungan negeri Sabah, Sarawak, dan Semenanjung bersatu sebagai sebuah negara. Aktiviti pada kali ini adalah memberi pengetahuan kepada komuniti tentang sejarah penubuhan Malaysia sempena Hari Malaysia yang disambut pada 16 September setiap tahun....baca selanjutnya

SEJARAH KEMERDEKAAN DAN BENDERA MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 27 Ogos 2021

Perkongsian mengenai sejarah kemerdekaan dan juga maksud di sebalik Bendera Malaysia bersempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-64. Aktiviti ini adalah kolaborasi antara PIK Kg Seri Damai, PIK Kg Balok Pantai dan juga PIK Semambu yang mana merupakan salah satu inisiatif untuk menyemarakkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini...baca selanjutnya

PENGENALAN KEPADA PORTAL SEBENARNYA.MY

Aktiviti Terkini | 14 Ogos 2021

Portal SEBENARNYA.MY adalah sebuah pusat sehenti bagi rakyat Malaysia untuk menyemak sebelum berkongsi berita yang tidak ditentukan kesahihannya, yang diterima secara dalam talian. Aktiviti pada kali ini adalah memberi pendedahan kepada komuniti tentang keperluan menyemak dahulu berita yang diterima sebelum percaya dan menyebarkannya kepada orang lain....baca selanjutnya

JARINGAN PRIHATIN DIGI

Aktiviti Terkini | 13 Julai 2021

Menjalinkan kerjasama yang baik antara pihak PIK dan komuniti setempat...baca selanjutnya

HALA TUJU PELAJAR LEPASAN SPM & KENALI UCYP

Aktiviti Terkini | 25 Jun 2021

Menjalinkan kerjasama yang baik antara pihak PIK dan komuniti setempat...baca selanjutnya

KUIZ HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 26 Mei 2021

Menjalinkan kerjasama yang baik antara pihak PIK dan komuniti setempat...baca selanjutnya

KELAS ASAS SHOPEE BERSAMA USAHAWAN PIK

Aktiviti Terkini | 22 April 2021

Menjalinkan kerjasama yang baik antara pihak PIK dan komuniti setempat...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA ATAS TALIAN

Aktiviti Terkini | 27 Mac 2021

Menjalinkan kerjasama yang baik antara pihak PIK dan komuniti setempat...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MENCIPTA VIDEO MENGGUNAKAN POWTOON

Aktiviti Terkini | 27 Februari 2021

Menjalinkan kerjasama yang baik antara pihak PIK dan komuniti setempat...baca selanjutnya

TEKA SILANGKATA ATAS TALIAN

Aktiviti Terkini | 27 Januari 2021

Menjalinkan kerjasama yang baik antara pihak PIK dan komuniti setempat...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti