Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung ini mula dibuka pada tahun 1966 oleh Encik Shamsudin bin Sidek. Kampung ini diberi nama Kampung Sri Damai sempena peristiwa perdamaian antara Malaysia dengan Indonesia akibat konfrantasi yang berlaku pada tahun 1966.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PROGRAM PEMBANGUNAN ENTREPRENEUR ECER-SIRIM TAJAAN YAYASAN PETRONAS

Aktiviti Terkini | 21 Disember 2023

Pusat Rekabentuk Pembungkusan dan Keselamatan SIRIM Berhad menggunakan ruang di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Seri Damai untuk pelaksanaan Program Pembangunan Keusahawanan entrepreneur ECER-SIRIM...baca selanjutnya

KELAS SHOPEE (ADVANCE) DAN ASAS FOTOGRAFI PRODUK BERSAMA USAHAWAN AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM)

Aktiviti Terkini | 16 Disember 2023

Kelas Shopee (Advance) dan Asas Fotografi Produk bagi usahawan yang berdaftar di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di kawasan berhampiran PEDi Kg Pandan...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI & PENGENALAN PERKAKASAN KOMPUTER BERSAMA TADIKA KEMAS RTK KG SERI DAMAI

Aktiviti Terkini | 13 Disember 2023

Program bersama pelajar-pelajar Tadika Kemas RTK Kg Seri Damai melibatkan 23 orang pelajar, 2 guru dan 3 orang AJK Tadika...baca selanjutnya

KELAS SHOPEE (BEGINNER) BERSAMA USAHAWAN AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM)

Aktiviti Terkini | 25 November 2023

Program kelas Shopee (Beginner) Bersama Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang dianjurkan oleh PEDi Kg Pandan ini melibatkan PEDi Kg Seri Damai dan PEDi Berjaya Permai...baca selanjutnya

MICROSOFT OFFICE WORKSHOP PEDI TAMAN BERJAYA PERMAI & EAST ACADEMY ( NOVEMBER )

Aktiviti Terkini | 6 ,15 & 18 November 2023

PEDi Kg Seri Damai bersama-sama dengan PEDi Berjaya Permai menjalankan kursus Microsoft Office di portal e-Latih untuk pelajar-pelajar tahun akhir East Academy...baca selanjutnya

BENGKEL HRMIS BERSAMA GURU TABIKA KEMAS DUN PULAU MANIS

Aktiviti Terkini | 26 Oktober 2023

PEDi Kg Seri Damai membantu guru-guru Tabika KEMAS di Kawasan Dun Pulau Manis dalam menjalankan bengkel portal HRMIS...baca selanjutnya

MICROSOFT OFFICE WORKSHOP PEDI TAMAN BERJAYA PERMAI & EAST ACADEMY

Aktiviti Terkini | 4-5,11 & 16 Oktober 2023

PEDi Kg Seri Damai bersama-sama dengan PEDi Berjaya Permai menjalankan kursus Microsoft Office di portal e-Latih untuk pelajar-pelajar tahun akhir East Academy...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI & SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN BERSAMA TADIKA KEMAS KG JAYA GADING

Aktiviti Terkini | 15 September 2023

Program ini melibatkan 8 buah PEDi iaitu PEDi Kg Seri Damai, PEDi Kg Ubai, PEDi Kg Kempadang, PEDi Berjaya Permai, PEDi Kg Pandan, PEDi Mahkota Jaya, PEDi Felda Lepar Hilir & PEDi Felda Bukit Sagu...baca selanjutnya

PROGRAM CYBERTALK @SCHOOL DI SMA DARUL MAKMUR GANCHONG

Aktiviti Terkini | 14 September 2023

PEDi Kg Seri Damai menyertai program Digi Cybertalk yang dianjurkan oleh PEDi Kg Ubai...baca selanjutnya

PROGRAM KAFETEEN@PEDI (SESI DALAM TALIAN) DI KPTM, KUANTAN

Aktiviti Terkini | 8 September 2023

Program ini melibatkan 4 buah PEDi iaitu PEDi Kg Seri Damai, PEDi Berjaya Permai, PEDi Kg Pandan, & PEDi Felda Bukit Sagu...baca selanjutnya

JELAJAH RAHMAH 2023 EFKAYO OPTOMETRY

Aktiviti Terkini | 6 September 2023

Efkayo Optometry telah membuat jualan cermin mata dengan harga yang lebih rendah kepada komuniti di sekitar PEDi...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI & SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN BERSAMA TADIKA KEMAS KEM BATU10

Aktiviti Terkini | 18 Ogos 2023

Program ini melibatkan 8 buah PEDi iaitu PEDi Kg Seri Damai, PEDi Kg Ubai, PEDi Kg Kempadang, PEDi Berjaya Permai, PEDi Kg Pandan, PEDi Mahkota Jaya, PEDi Felda Lepar Hilir & PEDi Felda Bukit Sagu...baca selanjutnya

PROGRAM CYBERTALK @SCHOOL DI SMK LEPAR HILIR

Aktiviti Terkini | 2 Ogos 2023

PEDi Kg Seri Damai menyertai program Digi Cybertalk yang dianjurkan oleh PEDi Lepar Hilir 1...baca selanjutnya

PROGRAM KITAR & ADVOKASI DI KARNIVAL SUKAN KAMPUNG UBAI 2023

Aktiviti Terkini | 16 Julai 2023

Sempena karnival sukan Kampung Ubai 2023, PEDi Kg Seri Damai turut terlibat menyertai karnival sukan ini dengan mengadakan program KITAR dan juga advokasi...baca selanjutnya

PROGRAM KAFETEEN@PEDI

Aktiviti Terkini | 23 Jun 2023

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mengambil inisiatif melalui jaringan kolaborasi strategik antara Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM)...baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI RAYA KAMPUNG SERI DAMAI

Aktiviti Terkini | 14 Mei 2023

Aktivi jamuan makan sempena Hari Raya Aidilfitri anjuran pemuda kampung dan JKKK...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA POSTER HARI RAYA

Aktiviti Terkini | 16 April 2023

Sempena menyambut kedatangan Syawal , PEDi menjalankan aktiviti bersama pelajar-pelajar kelas ICT. Pertandingan mewarna poster-poster Hari Raya diadakan, setiap pelajar perlu memilih gambar-gambar poster yang ada di Internet dan akan dicetak serta diwarna secara manual. Pelajar-pelajar diberikan duit raya sebagai hadiah ....baca selanjutnya

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM CUTI SEKOLAH KEMAS@PEDI

Aktiviti Terkini | 17 Mac 2023

Majlis Penutupan Program Cuti Sekolah adalah hasil dari program yang telah dijalankan sepanjang cuti sekolah hasil kerjasama PEDi dan Kemas PPAK Soi...baca selanjutnya

PENGENALAN KEPADA PERKAKASAN KOMPUTER

Aktiviti Terkini | 18 Februari 2023

Sempena cuti persekolahan, aktiviti kelas ICT untuk sekolah rendah dijalankan...baca selanjutnya

MENCIPTA KAD MENGGUNAKAN CANVA

Aktiviti Terkini | 14 Januari 2023

Kelas ICT bersama pelajar-pelajar sekolah rendah menggunakan aplikasi CANVA. Pelajar-pelajar perlu meghasilkan Kad sempena Tahun Baru Cina dan Kad Sambutan Hari Lahir....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti