PROGRAM KAFETEEN@PEDI (SESI DALAM TALIAN) DI KPTM, KUANTAN

Aktiviti terkini|8 September 2023

Tempat Aktiviti:
KPTM, Kuantan

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini melibatkan 4 buah PEDi iaitu PEDi Kg Seri Damai, PEDi Berjaya Permai, PEDi Kg Pandan, & PEDi Felda Bukit Sagu.
• Objektif program ini adalah bertujuan untuk menyebar luas Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI) kepada pelajar-pelajar KPTM.
• Seramai 30 orang pelajar menyertai program ini.
• Program ini diselitkan dengan sesi soal jawab daripada pelajar selepas sesi taklimat diberikan.

Tujuan Aktiviti :
• Menjalinkan kerjasama yang baik dengan persatuan, NGO di sekitar PEDi.
• Memberi pendedahan kepada orang awam tentang pembaharuan PEDi dan perkhidmatan yang tersedia di PEDi.
• Untuk meningkatkan capaian kepada Aplikasi myKafeTEEN dan mempromosikan Kempen #AmbilTahuBagiTahu.

Butiran Aktiviti :
• Taklimat dari pihak LPPKN dengan tajuk Seksualiti, Nilai & Tanggungjawab dan Rogol & Pengguguran
• Kuiz
• Penyampaian hadiah


Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Program ini dapat memberi kesedaran kepada golongan remaja tentang Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI).

Nama VIP :
• Penolong Pengarah KPTM En Kamarulnizam Bin Kamarudin
• Pegawai LPPKN Cik Nazuliani Binti Abdul Aziz

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :