Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung ini mula dibuka pada tahun 1966 oleh Encik Shamsudin bin Sidek. Kampung ini diberi nama Kampung Sri Damai sempena peristiwa perdamaian antara Malaysia dengan Indonesia akibat konfrantasi yang berlaku pada tahun 1966.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


KURSUS LATIHAN PENGENDALI MAKANAN

Aktiviti Terkini | 14 Disember 2019

Kursus Latihan Pengendalian Makanan yang dianjurkan oleh Sekolah Latihan Pengendali Makanan NZ Bunga Venture dan PI untuk bulan December disertai oleh pengusaha makanan di sekitar Kuantan. Setiap peserta akan dikenakan yuran kursus dan diberikan sijil yang diiktiraf oleh KKM pada penghujung kursus....baca selanjutnya

PAMERAN ANALOG SWITCH OFF DI SEMINAR 5G BEYOND IMAGINATION

Aktiviti Terkini | 16 November 2019

Tujuan utama program adalah untuk memberi kesedaran tentang pentingnya penjagaan kesihatan dan dapat menyampaikan maklumat mengenai pentingnya penjagaan kesihatan...baca selanjutnya

PROGRAM HARI POS SEDUNIA PERINGKAT NEGERI PAHANG

Aktiviti Terkini | 09 Oktober 2019

Kluster Kuantan bersama SKMM Wilayah Timur membuka booth di Pejabat POS Pahang sempena Hari POS Sedunia. Pelbagai aktiviti disediakan kepada pengunjung booth yang terdiri daripada pekerja POS dan orang ramai yang datang ke Pejabat Pos....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI SEMPENA HARI BERSAMA KOMUNITI PUSAT INTERNET KG. CHERATING

Aktiviti Terkini | 15 September 2019

Program yang diadakan ini membantu pihak PI untuk mencapai KPI yang telah ditetapkan oleh SKMM setiap bulan disamping memperkenalkan fungsi PI & perkhidmatan yang ditawarkan oleh PI kepada komuniti dan penduduk setempat...baca selanjutnya

PROGRAM ZIARAH KASIH RAHMAH DI SG. LEMBING

Aktiviti Terkini | 08 September 2019

Program yang diadakan ini membantu pihak PI untuk mencapai KPI yang telah ditetapkan oleh SKMM setiap bulan disamping memperkenalkan fungsi PI & perkhidmatan yang ditawarkan oleh PI kepada komuniti dan penduduk setempat...baca selanjutnya

PROGRAM SUKAN RAKYAT KG PANDAN 1

Aktiviti Terkini | 18 Ogos 2019

Program Sukan Rakyat Kg Pandan 1 yang dianjurkan oleh MPKK Kg Pandan 1 bersama Pusat Internet. Tujuan utama program untuk menyebarkan program kesedaran tentang pentingnya etika ketika menggunakan internet secara selamat, mengedarkan flyers dan memaklamkan siaran digital MYFreeview disamping memperkenalkan PI kepada pengunjung...baca selanjutnya

KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG (KMJG)

Aktiviti Terkini | 07 Ogos 2019

Objektif utama program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2019 bersempena bulan kemerdekaan. Pusat Internet terlibat dalam memberikan maklumat berkaitan Siaran TV Digital kepada pengunjung yang hadir....baca selanjutnya

PROGRAM PAMERAN MALAYSIA BAHARU

Aktiviti Terkini | 13 Julai 2019

Objektif utama penganjuran Pameran Malaysia Baharu adalah untuk menyampaikan maklumat terkini pencapaian cemerlang kerajaan baharu sempena setahun pentadbiran....baca selanjutnya

PROGRAM KDB RAYA KLUSTER KUANTAN

Aktiviti Terkini | 30 Jun 2019

Program KDB Raya merupakan gabungan aktiviti Klik Dengan Bijak dan Jamuan Hari Raya. Program ini tercetus, hasil daripada pandangan En. Fairose untuk mengadakan satu program ringkas yang melibatkan kesemua PI Kluster Kuantan, pihak Digi dan MCMC....baca selanjutnya

MEETING KLUSTER KUANTAN & JAMUAN RAYA PI

Aktiviti Terkini | 16 Jun 2019

Meeting kluster untuk perbincangan aktiviti akan datang serta jamuan raya untuk ahli PI....baca selanjutnya

KUIZ RAMADHAN

Aktiviti Terkini | 31 Mei 2019

Program sempena bulan Ramadhan. Peserta diberi kuiz berkaitan dengan bulan Ramadhan dan ibadah puasa. Lima orang yang mendapat markah tertinggi diberikan hadiah (Duit Raya)...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK SEMAMBU

Aktiviti Terkini | 20 April 2019

Program Advokasi di SK Semambu melibatkan pelajar dan guru-guru. Pada hari tersebut edaran flyers mengenai program Klik Dengan Bijak & E-Waste diberikan kepada guru-guru. Selain itu pelajar tahun 3, 4, 5 & 6 menyertai taklimat berkaitan penggunaan teknologi secara berhemah. Mereka juga diberi soalan-soalan berkaitan KDB....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI DEWAN LEPAR HILIR 3

Aktiviti Terkini | 29 Mac 2019

Program telah dihadiri oleh seramai hampir 150 orang yang terdiri dalam kalangan komuniti setempat. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan yang berasaskan Klik Dengan Bijak dan e-Waste....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK CHERATING

Aktiviti Terkini | 15 Mac 2019

Seramai lebih 200 orang pelajar dari SK Cherating telah terlibat dalam menjayakan program advokasi pada kali ini....baca selanjutnya

Kempen Penjagaan Kesihatan & Kempen Perangi Denggi

Aktiviti Terkini | 10 Februari 2019

Menjalankan aktiviti berkaitan penjagaan kesihatan & kempen perangi denggi...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (Kuiz)

Aktiviti Terkini | 25 Jan 2019

Memberi info dan pengetahuan kepada peserta mengenai penggunaan internet dengan bijak. Selain itu peserta juga mengetahui cara-cara yang betul untuk mencari maklumat di Internet...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti