PROGRAM MADANI RAKYAT (ZON TIMUR)
Aktiviti terkini |5-7 Julai 2024Tempat Aktiviti:
Dataran Sayangi Kuantan, Pahang
Ringkasan Aktiviti :
• Program Madani Rakyat (Zon Timur) berlangsung selama tiga hari melibatkan pelbagai agensi dan pelbagai lapisan masyarakat.
• Pelbagai aktiviti dijalankan di tapak pameran Kementerian Komunikasi yang turut disertai oleh agensi-agensi lain seperti FINAS, RTM, BERNAMA dan Jabatan Penerangan.
• Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut seperti kuiz berkaitan Klik Dengan Bijak dan aktiviti Cyber Genius yang menawarkan hadiah utama telefon pintar.
Tujuan Aktiviti :
• Tujuan NADI Kg Seri Damai menyertai program ini untuk membantu MCMC Negeri untuk kelancaran aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung.
• Pernyertaan ini juga memberikan pengalaman untuk petugas NADI dalam melaksanakan program yang berskala besar selain meningkatkan kemahiran berkomunikasi petugas apabila melibatkan aktiviti bersama orang awam yang hadir.
Butiran Aktiviti :
• Pameran dari pelbagai Kementerian dan agensi kerajaan
• Jualan produk & makanan usahawan dari negeri – negeri pantai timur
• Jualan Rahmah
• Pertunjukan kesenian Negeri Pahang, Kelantan & Terengganu
• Temuduga terbuka (myFuture Job – PERKESO)
Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Menjalinkan kerjasama yang baik dengan MCMC Negeri dan beberapa agensi lain.
• Memberi pendedahan kepada orang awam tentang lokasi NADI disekitar Kuantan serta fungsi NADI.
• Memberi kesedaran berkaitan keselamatan di internet.
Nama VIP :
• YAB Dato' Sri Anwar bin Ibrahim – Perdana Menteri Malaysia VIP di tapak pameran Kementerian Komunikasi
• Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa - Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :