PROGRAM CASHLESS SOCIETY MCMC
Aktiviti terkini |25 September 2024Tempat Aktiviti:
NADI Lepar Hilir 1
Ringkasan Aktiviti :
• Program cashless society ini melibatkan kolaborasi strategik bersama di antara kerajaan negeri, SKMM, Felda, penyedia perkhidmatan kewangan dan bank.
• Pada program ini rakan-rakan strategik akan mempromosikan perkhidmatan mereka kepada usahawan serta komuniti yang hadir.
• Usahawan-usahawan terpilih juga dijemput untuk menjual produk mereka menggunakan pembayaran tanpa tunai.
• Selain itu terdapat pelbagai aktiviti lain yang dijalankan bagi memeriahkan program ini.
Tujuan Aktiviti :
• Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran komuniti tempatan dan peniaga tentang manfaat penggunaan bayaran tanpa tunai dan penerimagunaan teknologi seperti e-dompet, DuitNow, quick response (QR) dan kad debit/kredit dan seterusnya menyokong usaha kerajaan mengukuhkan kedudukan ekonomi komuniti setempat.
Butiran Aktiviti :
• Pendaftaran Peserta
• Pagi Bacaan Doa
• Ucapan alu-aluan
• Taklimat daripada Rakan Strategik
• (Ketua Kampung, AAPK, Institusi Perbankan, NADI)
• Kempen Promosi & Kesedaran
• Program S.A.F.E Aktivity
• ➢ Quizzez
• ➢ E-Learning
• ➢ QR Games
• Pertandingan Mobile Legend
• Penyampaian Hadiah & Cabutan Bertuah Keahlian Baru
Kebaikan / kelebihan aktiviti :
• Menjalinkan kerjasama yang baik dengan FELDA, persatuan, NGO di sekitar NADI.
• Memberi pendedahan kepada masyarakat manfaat penggunaan bayaran tanpa tunai.
• Memperkenalkan 5 perkhidmatan pintar di NADI dan memberi hebahan tentang keahliah NADI.
• Meningkatkan kesedaran komuniti tentang keselamatan atas talian melalui taklimat S.A.F.E
Nama VIP :
• Mohd Isamudin Bin Mohd Noh (Ketua Peneroka Felda Lepar Hilir 1)
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :