JEJAK MAKLUMAT

30 JANUARI 2014 | KHAMIS

PI1M Kg Seri Damai mengambil langkah untuk membuka minda peserta-peserta supaya lebih menggunakan internet untuk mencari maklumat dan tidak hanya menggunakan internet untuk media sosial ataupun permainan online semata-mata. Untuk aktiviti bulanan yang perlu dijalankan di PI1M, kami mengadakan aktiviti Jejak Maklumat dimana peserta perlu mencari maklumat-maklumat yang diminta dengan masa yang diberi. Aktiviti ini memerlukan mereka menggunakan carian Google untuk mendapatkan jawapan untuk soalan-soalan yang diberi. Selepas selesai aktiviti jejak maklumat ini, peserta diberi peluang mengumpul mata dengan aktiviti permainan Bowling Padang. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan seperti ini memberi peluang mereka untuk lebih bekerjasama dalam memastikan kumpulan mereka menang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :-

kembali ke halaman utama