POP KUIZ

28 FEBRUARI 2014 | JUMAAT

Pada bulan Februari, PI1M Kg Seri Damai membuat Pop kuiz kepada para peserta kelas ICT yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan pelajar sekolah rendah. Tujuan pop kuiz ini untuk mengetahui sejauh mana kefahaman mereka selama mengikuti kelas ICT di PI1M. Bagi peserta kelas ICT yang berjaya menyiapkan semua tugasan mengikut arahan yang diberi maka dia merupakan pemenang dalam pertandingan Pop Kuiz ini. Kami juga memberi soalan-soalan secara spontan kepada peserta bagi memastikan mereka memahami latihan-latihan yang mereka pernah buat semasa kelas ICT berlangsung. Pop Kuiz seperti ini dapat menarik minat mereka untuk terus mengikuti kelas ICT di PI1M.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:-

kembali ke halaman utama